Saturday, 6 August 2011

Apa Itu Mode P, S, A, M

 Apa Itu Mode P, S, A, M

Mode P-Program, S-Shutter Priority, A-Aperture Priority, M-Manual

Mode-mode di atas merupakan mode yang boleh digunakan selain dari Mode Auto, Fungsi P adalah terhad yang membolehkan anda mengubah ISO, White Balanced, Size gambar.

S mode membolehkan fotografer tersebut mengubah Shutter speed dan membiarkan Aperture di kontrol oleh kamera.

A mode membolehkan fotografer tersebut mengubah Aperture mengikut keadaan sekelilingnya seperti untuk menghasilkan DOF-Depth Of Field dan membiarkan Shutter Speed di kontrol oleh kamera

M mode merupakan mode yang membolehkan fotografer mengubah Shutter speed dan Aperture mengikut kehendak fotografer tersebut.

Apa pun kita yang kontrol kamera.... (jangan biarkan Kamera control kita)

Perbezaan antara RAW Dengangan JPEG?

  Perbezaan antara RAW Dengan JPEG?

Fail RAW adalah:
  • Biasanya format yang khusus untuk sesuatu jenis kamera (kecuali Adobe DNG, yang tidak popular)
  • Data lengkap dari sensor kamera - belum diproses, belum dimampatkan (kamera 8 megapixel menghasilkan fail RAW 8 MB)
  • Memerlukan perisian khusus untuk membacanya
  • Sekurang2nya 8 bit setiap warna - merah, hijau dan biru (24 bit setiap pixel). Kebanyakan DSLR merakamkan 12 atau 14 bit (36 atau 42 bit setiap pixel)
  • Julat dinamik (dynamic range) lebih tinggi - boleh memaparkan highlight (bahagian terang) atau shadow (bahagian gelap)
  • Kurang konstras
  • Tidak tajam
  • Tidak sesuai untuk dicetak terus dari kamera
  • Baca-sahaja (semua perubahan disimpan di fail XMP sidecar atau JPEG atau format lain)
  • Kadangkala boleh diterima di mahkamah (berbanding format yang boleh diubah)
  • Menunggu untuk diproses oleh komputer