Monday, 28 November 2011

5 cara murah untuk kuasai DSLR



DSLR merupakan satu fenomena yang cukup biasa dikalangan orang ramai. Dulu, sekiranya kita melihat seseorang mengunakan SLR atau DSLR pasti terdetik didalam hati yang mengatakan orang itu seseorang yang profesional dalam bidang fotografi. Namun begitu, dengan harga DSLR yang semakin murah (jika dibandingkan dengan 2-3 tahun lepas) ditambah pula kualitinya gambarnya yang lagi better dari compact camera telah menyebabkan DSLR menjadi kegilaan ramai. Tetapi DSLR bukan seperti compact camera yang boleh kita angkat dan shoot. Bagi yang baru berjinak – jinak dengan DSLR, ia pasti akan memeningkan kepala apabila mahu menggunakanya. Ya! setiap benda boleh dipelajari untuk menggunakannya, namun Ia bukanlah boleh dipelajari dalam tempoh satu hari. Ia memerlukan pembelajaran secara berterusan untuk menguasai segala fungsi yang ada pada DSLR tersebut.
Tetapi untuk mempelajari dan menguasai DSLR bukanlah sesuatu pekara yang mudah. Ia agak sukar dan memerlukan kita untuk menghadiri kelas seperti kelas menjahit atau kelas memasak. Kalau tidak, tiadalah kelas – kelas fotografi dianjurkan oleh photographer profesional. Tetapi untuk menyertai kelas – kelas yang dianjurkan memerlukan modal yang besar dan banyak. Jadi disini aku ingin kongsikan tips untuk menguasai DSLR dengan cara yang murah dan mudah.
1. Buku Manual
Aku yakin, mesti ramai tidak membaca buku manual ini setelah membeli DSLR. Aku pun dulu begitu, dapat je DSLR, buku manual langsung tidak disentuh, tetapi sebenarnya dalam buku Manual banyak info – info yang penting mengenai DSLR yang boleh kita dapat dalam buku manual tersebut.
2. Majalah Fotografi.
Pernah baca entry mengenai majalah Digital Camera dalam blog ini? Majalah inilah diantara sumber rujukan aku dalam fotografi. Aku nasihatkan, kerap buat rujukan dalam majalah – majalah fotografi yang ada dipasaran. Banyak info – info berguna yang anda boleh dapat dalam majalah fotografi. Bukan saja pasal DSLR, teknik mengambil gambar, idea dan teknik fotografik anda boleh kuasai kalau kerap membaca dan menjadikan majalah fotografi sebagai sumber rujukan,
3. Join community / group / bergaul dengan photographer expert
Pecayalah, cara ini adalah cara yang paling cepat, murah dan mudah untuk mendapatkan segala ilmu dan teknik mengenai fotografi. Jangan malu atau segan untuk keluar bersama – sama dengan photographer – photographer lain. Dan yang paling penting jangan malu untuk bertanya kepada mereka mengenai fotografi. Insyallah mereka akan membantu dan anda pun akan mendapat ilmu secara tidak langsung.
Internet tempat paling banyak tutorial boleh dirujuk
4. Internet
Dunia dihujung jari. Taip dan klik saja anda sudah dapat segala info mengenai fotografi. Bosan untuk membaca penerangan secara panjang lebar, Youtube adalah jawapannya. Ada beribu tutorial video mengenai fotografi yang boleh anda search kat Youtube dan berjuta info mengenai fotografi yang anda boleh dapat apabila search di internet. Even di Facebook pun anda boleh mendapat info mengenai fotografi.
5. Latihan
Yang ini paling penting, jika ilmu sudah diperolehi, lakukan latih tubi. Buat beberapa shoot dan cuba dapatkan komen dari orang ramai terutamanya dari mereka yang pakar tentang fotografi. Jangan risau atau malu untuk dikritik kerana kritikan sebenarnya membawa kepada kesempurnaan. Dalam fotografi, latihan dan “try and error” sangat penting dalam meningkatkan mutu gambar yang diambil.
Cara diatas bukanlah cara yang cepat untuk mempelajari DSLR (unless anda seorang yang cepat belajar). Jika ingin menguasai DSLR secara cepat, anda perlulah menghadiri kelas – kelas fotografi yang dianjurkan. Cuma perlukan “sedikit” duit untuk dilaburkan.
#Sumber Dari http://www.murkiester.com

No comments:

Post a Comment