Salam dan selamat sejahtera kepada bloggers semua.
Siapa diantara bloggers disini yang kaki photography? mesti ramai bukan? tak kiralah yang menggunakan kamera kompak ke, DSLR ke ataupun kamera handphone. Kalau dah minat mengambil gambar, boleh dikata kaki photogrphy. Dan haku rasa ramai juga readers blog ini juga gila edit mengedit gambar mengunakan photoshop bukan. Mestilah minat, kalau dah kaki ambil gambar mesti minat mengedit, lagipun haku pernah berkata dulu, gambar tanpa edit umpama lagu tanpa irama. Cewah.
Ok, back to topic, sebenarnya entry haku kali ini haku nak reviewkan satu majalah Fotografi yang selalu haku langgan iaitu majalah Digital Camera. Siapa yang merupakan seorang photographer mesti tahu tentang majalah ini sebab majalah ini memang menjadi salah satu sumber rujukan mereka. Dan kepada yang tidak tahu, haku akan ceritakan secara pelahan – lahan supaya korang tahu kelebihan majalah yang selalu haku baca neh.
Majalah ini sebenarnya asal dari United Kingdom dan dibawa ke Malaysia oleh syarikat Velocity Media Sdn. Bhd. Majalah ini mempunyai banyak info dan tips mengenai photography jika hendak dibandingkan dengan majalh fotografi yang lain. Dari mempelajari teknik – teknik mengambil gambar sehinggalah mendapatkan info – info mengenai DSLR, semuanya anda boleh dapati dalam majalah ini. Memang tak rugi kalau menjadikan majalah ini sebagai sumber rujukan fotografi korang. Haku mula melanggan majalah ini lebih kurang setahun lepas selepas haku memiliki DSLR haku sendiri. Banyak majalah fotografi sudah haku baca dan laman – laman web haku lawati untuk mempelajari teknik – teknik mengambil dan mengedit gambar sehinggalah salah seorang rakan photographer haku mencadangkan kepada haku untuk membaca majalah Digital Camera.
Haku cukup terkejut setelah membaca majalah ini kerana terdapat info dan ilmu yang sangat – sangat haku perlukan untuk memantapkan ilmu fotografi dan editing haku. Dan start daripada itu, haku terus melanggan majalah ini kerana haku rasa majalah ini sudah cukup untuk haku mengorek tip photography tanpa perlu mencarinya dilaman web atau dimajalah lain.
Dulu haku tak tahu cara yang betul untuk mengambil gambar muka orang. Dulu haku pun tak tahu bagaimana nak shoot gambar burung dan dulu pun haku tak tahu bagaimana hendak dapatkan gambar air menitis dari kepala paip. Majalah inilah yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada haku untuk mengambil gambar – gambar yang dahulunya haku tak tahu bagaimana untuk diambil dengan betul. Maklumlah, nak pegi kelas photography, haku tak mampu (haha).
Satu contoh haku boleh berikan, kalau hendak mendapatkan gambar potrait yang cantik anda perlukan peralatan studio bukan? Dalam majalah ini, mereka akan menggunakan barang – barang yang terdapat dalam rumah anda seperti kain putih, kerusi dan lampu meja sahaja (boleh rujuk isu No. 51 keluaran Mac 2010)
Haku pernah beberapa kali menghantar gambar kepada mereka, tapi masih tiada rezeki, tak pernah terpilih. Hoho..
Selain itu, mereka juga menyedia FAQ terhadap gear – gear yang sering digunakan oleh photographer supaya korang boleh mendapat infomasi terhadap gear tersebut.
Kalau korang yang berkira – kira mahu membeli DSLR tetapi pening untuk memilih mana DSLR yang patut korang beli, korang boleh belek majalah ini. Setiap bulan mereka akan membuat review terhadap DSLR terbaru yang keluar dipasaran dan mereka juga akan melakukan perbandingan terhadap DSLR – DSLR berserta rating untuk menunjukkan kepada pembaca mereka perbezaan DSLR berlainan brand. Disitu korang boleh mendapat sedikit gambaran untuk memilih DSLR yang ingin korang beli itu.
Itu lah sedikit sebanyak review yang haku boleh kongsikan kepada korang semua. Majalah ini sejak haku mula membacanya haku tidak pernah miss melanggannya. Setiap keluaran terbaru, pasti ada benda baru yang akan haku pelajari. Biasanya, kalau haku baca tip – tip terbaru dari majalah ini, haku akan mencubanya. Lagipun, semenjak haku menggunakan DSLR, haku banyak berguru dengan majalah ini dan mempraktikannya dengan rakan – rakan haku. So, haku suggest kepada mereka yang mempunyai DSLR tapi tidak membaca majalah ini untuk membacanya. Tidak rugi. Memang bagus untuk photographer amatur macam haku neh (hehe). Bukan susah nak dapat majalah ini, kat MPH pun ada, cuma jangan beli yang keluaran UK sudah, sebab harga dia 5 pound sterling kot mauahaha..mahal tue..
No comments:
Post a Comment